Petition to

9 Tuntutan GSPP kepada kerajaan Malaysia

475 Sokongan

999,525 sokongan diperlukan untuk mencapai 1,000,000
26,0K view
  1. Perang Palestin-Israel masih berlanjutan dengan Amerika Syarikat terpaksa menerajui ‘war room’ setelah tentera rejim Zionis yang ternyata gagal melumpuhkan Gaza dan menewaskan pejuang pembebasan Palestin walaupun telah dilengkapi dengan ‘advanced military powers’ terbaik di dunia.
  2. Palestin dan pejuang pembebasan Palestin pula masih lagi bersendirian berjuang tanpa bantuan ketenteraan daripada negara-negara Arab dan kuasa besar yang lain.
  3. Iran dan sekutunya pula mengintai dan menunggu peluang-peluang yang ada dalam kancah perang Palestin-Israel.
  4. Rakyat Gaza dan pejuang pembebasan Palestin pula menunjukkan semangat untuk tetap teguh duduk di situ walaupun telah diancam oleh rejim Zionis untuk mengosongkan Gaza bagi menjayakan rancangan Israel Raya.
  5. Manakala, di pihak kerajaan Malaysia semangat itu tidak disambut, GSPP melihat tiada sebarang langkah strategik yang sepadan dengan perang pembebasan (ma’rakah tahrir) yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan, tetapi hanya terbatas kepada seruan kemanusiaan sahaja.
  6. GSPP juga amat kecewa dengan kenyataan seorang Menteri yang mengatakan bahawa, Perdana Menteri Malaysia secara diam-diam berbincang dengan pimpinan negara-negara Islam lain yang bersetuju dengan rancangan memindahkan penduduk Gaza ke Sinai.
  7. Berdasarkan kepada perkembangan terkini, pihak GSPP ingin membuat 9 TUNTUTAN KEPADA KERAJAAN:

i. Menuntut kerajaan supaya meneruskan dasar tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel.

ii. Menuntut kerajaan supaya berterusan memberikan sokongan kepada gerakan pembebasan Palestin serta menyokong keteguhan rakyat Palestin.

iii. Menuntut kerajaan supaya tidak memenuhi apa-apa tuntutan atau desakan bagi menormalisasi sebarang bentuk hubungan dengan Israel.

iv. Menuntut kerajaan supaya tidak mengiktiraf penyelesaian Two State Solution dan mengembalikan peta Palestin yang asal sebelum Deklarasi Balfour 1917.

v. Menuntut kerajaan supaya menolak rancangan Perjanjian Abad Ini (Deal of the Century) yang akan menjuruskan ke arah pembinaan Israel Raya.

vi. Menuntut kerajaan supaya tidak sesekali memihak kepada blok barat seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan lain-lain negara yang menyokong pembunuhan beramai-ramai (Genocide).

vii. Menuntut kerajaan supaya bertegas dan tidak tunduk kepada tekanan blok Pro-Israel yang cuba menghalang apa-apa bentuk penzahiran solidariti kerajaan dan rakyat Malaysia kepada isu perjuangan pembebasan Palestin.

viii. Menuntut kerajaan supaya, segala sumbangan disampaikan secara telus kepada rakyat Palestin yang dizalimi di Gaza bukan kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mempunyai persepakatan dengan Israel.

ix. Menuntut kerajaan supaya melobi dan mempengaruhi pendirian negara Islam dan badan antarabangsa berkaitan isu Palestin dengan memastikan sebarang rundingan atau persetujuan masa hadapan mestilah melibatkan gerakan pembebasan Palestin, bukan badan yang tidak mewakili majoriti rakyat Palestin.

November 13, 2023

475 sokongan

Wireframe avatar loader
Wireframe avatar loader
Wireframe avatar loader
Wireframe avatar loader
Wireframe avatar loader
Wireframe avatar loader
papar lagi...

Perkembangan Tuntutan

More updates...
Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin
Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin
Started this petition 4 weeks ago

285 Komen

Rossilah Mohamad 830102065634
Rossilah Mohamad 830102065634

Jika kerajaan yg sekarang tidak menyokong Palestin…mohon jgn duduk di blok Penjenayah

HANAFIZAH HUSSAIN
HANAFIZAH HUSSAIN

Saya seorang Muslim, rakyat Palestin adalah saudara saya dan Masjid Al Aqsa adalah milik saya dan umat Islam

Ubaidah Abou
Ubaidah Abou

rindukan syahid..

Siti Nadzirah binti Jamalul Khairuddin 920109086218
Siti Nadzirah binti Jamalul Khairuddin 920109086218

Saya menyokong tuntutan ini kerana kita juga pernah dijajah negara kita dan banyak berlaku pertumpahan darah yang tidak bersalah akibat ketamakan dan kerakusan penjajah mengaut keuntungan serta semata mata untuk merealisasikan motif penjajah. Begitulah nasib Palestin kini yang mengharapkan pertolongan dan kebebasan seperti kita dahulu.

Anonymous
Anonymous

Saya menyokong tuntutan ini kerana Allah SWT. Jangan kita jadi ‘hamba’ Yahudi! Kita kena tolak ‘two-state solution’ sebab iktiraf jugak Israel. Satu lagi jangan halang usaha-usaha masyarakat nak bebaskan Palestin.

Anonymous
Anonymous

Saya menyokong

Anonymous
Anonymous

Kerana tanah palestin milik rakyat palestin milik umat islam

Anonymous
Anonymous

Palestin adalah tanah wakaf orang Islam dan saya seorang muslim

Afiq Hasanuddin
Afiq Hasanuddin

Free free Palestine

Adnan HAFIZ MUHAMMAD
Adnan HAFIZ MUHAMMAD

Tiada tempat untuk Israel laknatullah di muka bumi ini

You need Sign In or Sign Up account to post comment.
475 Sokongan
999,525 sokongan diperlukan untuk mencapai 1,000,000
By signing, you accept Terms of Service and Privacy Policy, and agree to receive occasional emails about campaigns. You can unsubscribe at any time.